Bangunan Asrama Pelajar Tahfiz

Bangunan pelajar yang masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk didirikan, sumbangan anda amat-amat dihargai.

Maahad Tahfiz Al-Quran At-Taqwa

Kelihatan maahad dan bangunan pentadbiran.

Pelajar Tahfiz

Pengajian Yang Ditawarkan. Tahfiz al–Quran Dan Akademik Agama, Pengajian Akademik dan Pengajian Umum. Bahasa Pengantar adalah menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Pintu Masuk Utama

VISI: Melahirkan individu muslim yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, dinamik, dan diredhai Allah SWT. MISI: Memberi perkhidmatan terbaik dan berkesan dengan meningkatkan potensi pelajar yang berpandukan al–Quran serta as–Sunnah dan demi memartabatkan ketuanan Islam.

Tekun Belajar

Antara objektif penubuhan, untuk melahirkan seberapa ramai para Hafiz yang benar–benar mahir dan faham mengenai fungsi dan kelebihan al–Quran, dapat menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W dan turut memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu kifayah, melahirkan insan bertaqwa, berakhlak mulia, serta sedia berkorban harta benda, jiwa dan raga untuk mengangkat kembali kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini dan lain-lain lagi.

Sunday 20 April 2014

Geng AQWA Arrow


Ahad 20 april 2014. Geng AQWA Arrow sedang asyik memanah dlm 1 aktiviti sukan. Tahniah kpd pemanah tepat kelaki: ikmal danial. Prempuan: nurul aida. T.kasih kpd cikgu fadzli n cikgu2 lain dr kota damansara yg x jemu2 mengajar anak tahfiz ini. TQ
 
 
 
 
 
 

Friday 28 February 2014

SYUKUR


 
 Terkini.. Jam 8am (28 Februari 2014)

warga AQWA laksanakan solat istisqa' Alhamdulillah sjurus selesai azan magrib hujan mulai mencurah di bumi barakah ini.. Syukur
 
 
 

Wednesday 26 February 2014

HUBUNGI KAMI


SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAQWA
LOT 1855, JALAN GAJAH 24, KUBU GAJAH,
47000 SUNGAI BULOH, 
SELANG0R DARUL EHSAN.

Pejabat: 03-6151 6156
Setiausaha: 013-465 7607
Mudirah: 019-626 1980
Emel: aqwa_010@choo.com
Facebook: aqwa_010@choo.com

SEJARAH PENUBUHAN


Maahad ini berjaya ditubuhkan yang bertempat di Lot 1855, Jalan Gajah 24, Kg Kubu Gajah, Sg Buloh Selangor Darul Ehsan.

Maahad ini secara rasmi di tubuhkan pada 14 mei 2008 iaitu dari hasil sumbangan ikhlas Tn Hj. Ali bin Jaafar yang telah mewakafkan bangunan serta sebidang tanah milik beliau di Lot 1855, Jalan Gajah 24, Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor untuk kegunaan pihak AQWA bagi menempatkan pelajar – pelajar tahfiz yang mendaftar. Pada mulanya maahad ini bertempat di Masjid Lembaga Getah Malaysia. Permulaan operasi, maahad ini hanya menampung seramai 15 orang pelajar, dan 4 orang tenaga pengajar.Tetapi pada awal tahun 2010, jumlah pelajar telah meningkat kepada 100 orang. Pelajar di maahad ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Tahfiz dan Pra- Tahfiz.

Sekolah Rendah Islam at-Taqwa merupakan sekolah Integrasi menawarkan pendidikan Tahflz Al-Quran diniah (agama) dan akademik (kementerian) kepada para pelajar engan menggunakan sistem pendidikan yang berkualiti seria mempunyoi peperiksaan kepada pelajar seperti UPKK, PSRA (tahun 5 & 6) dan UPSR (tahun 6) seimbang dunia dan akhirat.
lbu bapa harus membuat persediaan awal untuk mendidik anak mereka supaya menjadi anak soleh dan solehah yang merupakan harta yong amat berharga bagi bekalan diakhirat yang kekal abadi seperti sabda Rasulullah S.A.W:

“Apabila matinya anak Adam akan terputusJah segala amalannya, kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat”.

Peribahasa ada menyebutkan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Justeru itu, dalam merealisasikan peribahasa tersebut tahap umur yang sebaiknya untuk menghafal al-Quran adalah dari kecil sekurang-kurangnya berumur 4 tahun.

Ini sesuai dengan pemberian Allah S.W.T kepada manusio sejak dari kandungan lagi,  otak telah dilengkapkan dengan sejumlah satu trillium (1000 000 000 000) sel otak (neuron) dan pada 3 tahun otak manusia berkemampuan untuk menguasai bahasa, emos, menghafal al-Quran, berlari, berenang, melukis, membacadan berbagai-bagai lagi kebolehan yang membezakan
antara manusia dan haiwan.

PENGURUSAN


 CARTA ORGANISASI AT-TAQWA 2014

PENAUNG
HAJI ALI BIN HJ. JAAFAR


PENGERUSI
MUHAMMAD ISLAH BIN IBRAHIM


SETIAUSAHA
WAN NUR FERDAUS BT. WAN HARUN


BENDAHARI
WAN HASZIRAH BT. WAN HARUN


    KETUA HAFIZ                         KETUA SRITA                           KETUA TADIKA
 ALTAF UR REHMAN         WAN HASZIRAH BT WAN HARUN          SITI ESHAH BT. HARUN


KETUA HAFIZAH                        PEMBANTU AM                         PEBANTU TADIKA

    ABIDA HANIF                   KHAIRULDDIN BIN IBRAHIM                SITI HATIJAH BT. AYOH

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Sekadar Hiasan
        Kemudahan Sedia Ada 
 
Surau
Asrama
Bilik Darjah
Bilik Guru
Pejabat
Kantin
Ruang masak
Perpustakaan mini
Padang permainan
Bilik air dan tandas
Bekalan Air Dan Elektrik
Dewan Serbaguna
Gelanggang
Bilik Guru Besar
Surau
Rumah Guru
Alat Permainan
Dan lain-lain kemudahan

PENGAJIAN YANG DITAWARKAN


PENGAJIAN YANG DITAWARKAN DINIAH (JAIS)

1. Fekah
2. Tauhid
3. Bahasa Arab
4. Sirah
6. Khat
7. Imla'
8. Jawi

AKADEMIK (KEMENTERIAN)

1.    Bahasa Melayu   
2.    Bahasa Inggeris
3.    Sains   
4.    Matematik
5.    Pendidikan Jasmani

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Melayu
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris

KELAYAKAN/SYARAT

1. lelaki dan perempuan

2. Berumur 7-12 Tahun

3. Berminat

Objektif Penubuhan AQWA

- Untuk melahirkan seberapa ramai para Hafiz yang benar–benar mahir dan faham mengenai fungsi dan kelebihan Al-Quran.

- Dapat menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W dan turut memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu kifayah.

- Melahirkan insan bertaqwa, berakhlak mulia, serta sedia berkorban harta benda, jiwa dan raga untuk mengangkat kembali kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini.

- Untuk melahirkan pemimpin masa depan yang dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat dengan mengembling tenaga dan ilmu yang dipelajari dan akhirnya dapat menegakkan kembali agama Islam.

- Untuk melahirkan dan menampung kekurangan para ilmuan dan Huffaz yang mampu memimpin masyarakat ke arah masyarakat yang cintakan ilmu, beriman dengan rukun iman dan Islam serta bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Piagam Pelanggan AQWA

Kami warga AQWA dengan penuh tekad dan semangat berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:-

1. Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik seperti yang dituntut oleh syarak'.

2. Memastikan anak didik AQWA menjadi insan yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

3. Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan, berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi meninggikan martabat agama islam.

4. Berkongsi idea dan kerjasama dengan ibubapa / penjaga untuk bersama – sama mendidik generasi muda kearah cintakan agama Islam.

5. Memastikan maahad ini adalah sebuah institiusi ilmu yang peka dan prihatin terhadap perkembangan dan perubahan semasa.

6. Berusaha menyediakan segala kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan sebarang kesulitan samada dalam P & P dan keselesaan pelajar yang tinggal dan belajar di AQWA.

7. Menjalin hubungan yang akrab lagi ikram antara Maahad dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi yang berkenaan.

Tuesday 25 February 2014

BORANG DERMA

BORANG DERMA WAKAF
SIJIL WAKAF TANAH DAN PEMBANGUNAN
KOMPLEKS TAHFIZ ANAK YATIM DAN WARGA EMAS AT-TAQWA.

Adalah saya dengan ini membeli tanah seluas 1 kaki persegi di atas lot 1854 (Jalan Gajah 24, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buluh, Selangor) dengan harga RM100.00.

Justeru itu, saya menyerahkan RM100.00 kepada wakil yang dilantik mewakili Maahad Tahfiz al-Quran at-Taqwa untuk wakaf tanah dan pembangunan di atas tanah tersebut untuk pembinaan Kompleks Tahfiz Anak Yatim dan Warga Emas at-Taqwa.

Maklumat Akaun:
Akaun Maybank Islamic: 5627-4012-2864
Nama akaun: Pembinaan Maahad Tahfiz al-Quran at-Taqwa

Maklumat kami:
Tel (Office): 03-6151 6156
Tel (Handset): 019-230 3032 (ustaz Mohd Islah Ibrahim)
Fb: maahad tahfiz at taqwa
Emel: aqwa_010@yahoo.com

  • • Tuan/puan juga boleh memberikan sumbangan/sedeqah jariah/zakat dan sebagainya kepada pihak kami.
    • Sijil/resit akan dikirimkan kepada tuan/puan.
  • MAKLUMAT PENYUMBANG / PENDERMA

  • / /
  • Dengan ini saya memberikan sumbangan/sedeqah jariah/ wakaf/zakat beterusan/zakat tidak berterusan kepada pihak pengurusan Maahad bagi tujuan kerja-kerja pembelian tanah dan pembangunan serta yang berkaitan dengannya.

  • RM .
  • Dengan ikhlasnya.

    Semoga segala jasa baik dan sumbangan Tuan/Puan akan diberkati Allah dan insyaAllah akan digandakan balasan kebaikan di dunia dan di akhirat sana.

VISI DAN MISI

VISI
Melahirkan individu muslim yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, dinamik , dan diredhai Allah SWT.
 
MISI
Memberi perkhidmatan terbaik dan berkesan dengan meningkatkan potensi pelajar yang berpandukan Al-quran dan As-Sunnah dan demi memartabatkan ketuanan Islam.

PENGENALAN


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W para sahabat dan Tabi’in Ajma’in kerana dengan limpah dan kurniaNya hasrat untuk menubuhkan Maahad Tahfiz Al-quran At–Taqwa atau lebih dikenali sebagai AQWA akhirnya terlaksana.

Hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Maahad ini telah lama wujud. Alhamdulillah, berkat ketabahan, kesabaran,keyakinan dan azam yang tinggi untuk melahirkan generasi baru yang mampu untuk menegakkan kembali kalimah Allah dimuka bumi serta menghayati Sunnah Rasulullah, maka dengan izin Allah dan sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat,

Monday 24 February 2014

MEMOHON DANA WAKAF TANAH DAN PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AT-TAQWA



MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AT-TAQWA (SA 022728-D)
LOT 1855, JALAN GAJAH 24,
KAMPUNG KUBU GAJAH,
47000 SUNGAI BULUH,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(JAIS: 030508301054)

WAKAF  TANAH DAN PEMBANGUNAN
KOMPLEKS TAHFIZ ANAK YATIM DAN WARGA EMAS AT-TAQWA.


Maklumat Akaun:
Akaun Maybank Islamic: 5627-4012-2864
Nama akaun: Pembinaan Maahad Tahfiz al-Quran at-Taqwa

Maklumat kami:
Tel (Office): 03-6151 6156
Tel (Handset): 019-230 3032 (ustaz Mohd Islah Ibrahim)
Fb: maahad tahfiz at taqwa


Tanah yang bakal dibangunkan oleh pihak Maahad

Derma diperlukan bagi pembelian tanah seperti di atas
Permandangan tanah

Kelihatan tanah wakaf yang bersebelahan dengan Maahad
Bakal Maahad Tahfiz al-Quran at-Taqwa yang akan menempatkan pusat pengajian dan rumah orang tua

Proses kerja-kerja meratakan tanah

Derma dan sumbangan amat-amat diperlukan

Bangunan asrama pelajar tahfiz dalam pembinaan

Dalam pembinaan







GALERI SUASANA MAAHAD