Wednesday 26 February 2014

Piagam Pelanggan AQWA

Kami warga AQWA dengan penuh tekad dan semangat berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:-

1. Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik seperti yang dituntut oleh syarak'.

2. Memastikan anak didik AQWA menjadi insan yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

3. Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan, berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi meninggikan martabat agama islam.

4. Berkongsi idea dan kerjasama dengan ibubapa / penjaga untuk bersama – sama mendidik generasi muda kearah cintakan agama Islam.

5. Memastikan maahad ini adalah sebuah institiusi ilmu yang peka dan prihatin terhadap perkembangan dan perubahan semasa.

6. Berusaha menyediakan segala kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan sebarang kesulitan samada dalam P & P dan keselesaan pelajar yang tinggal dan belajar di AQWA.

7. Menjalin hubungan yang akrab lagi ikram antara Maahad dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi yang berkenaan.

0 comments:

Post a Comment