Monday 24 February 2014

SEJARAH PENUBUHAN AQWA

Maahad ini secara amnya ditubuhkan pada 15 Mei 2008 iaitu hasil dari sumbangan ikhlas hamba Allah yang mewakafkan bangunan dan sebidang tanah milik beliau di Lot 1855, Jalan Gajah 24, Kubu Gajah, Sungai Buluh, Selangor untuk kegunaan pihak AQWA bagi menempatkan pelajar-pelajar tahfiz yang mendaftar.

Pada mulanya Maahad ini bertempat di masjid Lembaga Getah Malaysia. Permulaan operasi, maahad ini hanya menampung seramai 15 orang pelajar. Tetapi, pada awal tahun 2010, jumlah pelajar telah meningkat kepada 100 orang. Pelajar di maahad ini terbahagi kepada tiga kalegori iaitu menengah (Tahfiz) rendah (Pra Tahfiz) dan Tadika (Pra Tahfiz).

0 comments:

Post a Comment